
Pesakit dengan kulit kelopak mata yang longgar.





Pembedahan kelopak mata
(Blepharoplasty)Satu masalah usia meningkat ialah mengalami kedutan kulit serta kulit kelopak yang longgar di kelilingi mata kita. Kadang-kadang kulit yang longgar akan menutup dan menghindari penglihatan kita. Pembedahan boleh dilakukan untuk sebab kosmetik dan kadang kala juga untuk membenarkan fungsi penglihatan mata.
Nama jenis pembedahan yang boleh dilakukan dipanggil blepharoplasty. Pakar bedah akan memeriksa keadaan pesakit untuk menentukan berapa banyak kulit perlu dipotong. Prosedur ini dilakukan menggunakan ubat bius setempat dan pesakit biasanya selesa semasa pembedahan, yang biasanya mengambil antara 60-90 minit bergantung kepada berapa banyak kulit yang perlu dikeluarkan dan jika sekiranya prosedur yang lain perlu dilakukan pada masa yang serentak.
Garisan incisi dilukis selari dengan garisan semulajadi di kulit kita. Ini membolehkan penyembuhan luka tanpa parut yang besar.
Kulit yang longgar dikeluarkan dan luka dijahit dengan benang suture. Kalau adanya lemak yang berlebihan, ianya boleh dikeluarkan sebelum luka dijahit.
Dalam minggu pertama ke kedua, kelopak mata akan kelihatan bengkak. Ini akan mengurang dengan masa. Kadar penyembuhan bergantung kepada setiap individu. Jahitan biasanya dicabut selepas 1 minggu. Anda dinasihatkan untuk mengelakkan kerja berat seperti mengangkat benda berat selama 2 minggu.
![]()
Pesakit lain dengan kulit yang berlebihan
Selepas pembedahan pesakit boleh nampak dengan lebih baikKuala Lumpur, Petaling Jaya, Kajang, Seri Kembangan, Serdang, Balakong, Cheras, Semenyih, Bandar Baru Bangi, Putrajaya, Rawang, Klang, Bangi Lama, Cheras Jaya, Serdang Lama, Broga, Cyberjaya, Mantin, Broga, Dengkil, Gomabak, Nilai, Beranang, Sepang, Salak Tinggi, Pajam, Puchong, Subang Jaya, Ampang, Kepong, Sungai Buloh, Kelang, Sungai Pelek, Shah Alam. Outstation patients also seek our services from Seremban and other states like Perak, Negri Sembilan, Johor, Pahang, Penang, Trengganu, Perlis, Kelantan, Sabah, Sarawak, Malaysia. rawatan,
Pusat Pakar Mata ACS
95G & 97G Jalan TKS 1,
Taman Kajang Sentral,
43000 Kajang,
Selangor, Malaysia.
Tel: 03-87348328
